12 Dec 2010

Semua itu dari Allah

assalamualaikum..

alhamdulillah, di atas hari yang penuh indah ini.. coretan dimulakan selepas menduduki exam computer.  alhamdulillah once again, Allah telah memberikan kemudahan padaku dalam exam tadi. Syukran Ya Allah!!

Everyday, Allah mentarbiyyahkan hamba-hambanya, cuma kita sebagai hamba yang kadang-kadang leka dengan dunia sehingga terlepas menikmati tarbiyyah dari-Nya.

General Quote
[We must be prepare for the coming event]
{ini quote yang saya cipta sendiri}

Before exam, everyone would like to study so that they can answer the questions given.

Apa kene mengena tarbiyyah Allah dengan exam nie??
Di dalam kesibukan menelaah pelajaran, ada seorang rakan ini sampai sanggup mengorbankan masa tidur, bermain, cuci baju n even makan [sanggup tak nak turun pergi cafe n beli food sebab membazir masa utk study]. Ada yang mengalami tekanan perasaan sebab tidak dapat menghadamkan segala yang di baca, n ada juga yang sanggup duduk di dalam keadaan yang tidak terurus.

Bila difikirkan semula, kenapa effort ini hanya untuk exam di kampus?? Bila selesai exam, effort begini tidak lagi kelihatan.. Bukankah kita akan menghadapi exam yang lebih besar? Maksud saya exam yang examinernya adalah Pencipta kita?

Mari kita koreksi diri..

Jika boleh menahan lapar semata-mata tidak mahu membazir masa untuk menelaah pelajaran, bukankah kita boleh menahan lapar[berpuasa] supaya masa yang Allah beri sebagai perjalanan kita ke Hari Perhitungan tidak dibazirkan begitu sahaja. Jika boleh mengorbankan masa tidur untuk menelaah, salahkah kita mengorbankan masa tidur kita dengan menghidupkan malam[qiammullail]. Bukanlah kita terpaksa berpuasa pada setiap hari, buatlah sekadar yang mampu.. Buatlah walaupun sedikit, tetapi beristiqamahlah kerana Allah sukakan istiqamah.


Alhamdulillah, i think this story is one of the tarbiyyah from Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

6 Dec 2010

tahun baru, azam baru..

itulah yang menerjah ruang fikiranku kini. last few weeks, lots of mistakes i've done, especially to my lovely sister in campus. semoga Allah memberkatinya di mana jua dia berada. kesilapan yang kita buat, kita tidak akan dapat memutarkan waktu untuk membetulkannya semula.. we learn through our n others mistakes. some mistakes that i would like to share;

jangan simpan masalah seorang diri
selalu dengar cakap orang yang lebih berpengalaman
jangan pendam rasa rindu pada seseorang

jom kita berazam bersama-sama sempena tahun baru hijrah nie. we need to write down what we want for this year so that we always remember. 

what i want for this year?? 
erm,, i'll try my best utk terus thabat dlm jalan dakwah (either dakwah utk diri sendiri, family, frinds etc)
put more effort utk faham ad-deen
dapatkan dean list for this semester
nak selalu call my mom
komited dlm dakwah kampus
know my roommates n friends deeper

kalau nak dicoretkan azamku dlm nie, melambaklah jawapannye.. hehe. to all of u guyz,, jangan tunggu hari esok untuk tuliskan azam-azam anda, apa yang boleh dibuat pada hari ini, buatlah. we don't know what will happen tomorrow..

apa yang baik itu datang dari Allah, & yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan pada hamba yang penuh dengan dosa ini. jom tingkatkan amal. itulah the most important thing yang kita kena buat. good luck guys in heading the new year. may this new year is much much better than last year.


29 Oct 2010

perlu @ x perlu?? akhawat sekalian....


terkenangku kepada sebuah dialog yang telah tercatat di dalam sejarah hidupku

syaza    : kak, boleh tanya sesuatu x??
k.najah : apa dia dik?
syaza    : macam mana nak tegur kawan kita yang couple? Katanya sebab bercouple adalah kerana nak mengisi kekosongan kasih sayang
k.najah : erm,, mintalah dia agar menyanyangi Yang Maha Penyayang nescaya kita akan lebih rasa disayangi
syaza    : dah cakap dah, jawapan dia “ala, ko x rase ap yg aku rase memanglah ko pandi cakap je”
k.najah : kalau macam tu, adik kenalah benci perbuatan kwn adik tu.. tapi ingat, jangan benci  orangnya tetap benci perbauatnnya. adik cubalah ajak dia ke arah kebaikan. ajaklah dia tolong cikgu ke,, buat homework ke, apa-apa lah.. klu x, adik cadagkanlah kat dia supaya mengisi masa lapang degan tolog mak @ main game@ bc buku.

 Bila difikir-fikirkan kembali,, kenapa ya ramai remaja yang terlibat dengan couple??

 Bila mereka ditanya tujuan couple, ada pelbagai jenis skema jawapan, antaranya:


Saje je kak// nk cr pengalaman// ikot2 kwn// ala, parentz saya x kesah pon// kan 2 trend sekarang// klu x de boyfriend nnti org kate x laku// takut x de orang nk kawin ngan kita lar

 
“Ya Allah, kalau inilah matlamat pemudi tiang agama, tidak tergambar apakah yang bakal berlaku di masa akan datang”

PERSOALANNYA: Mengapa semua ini berlaku? Salah siapa? Empunya diri? Ibu bapa? Guru? Kawan-kawan? Masyarakat? Media? Pemimpin?

Pencarian siapa yang bersalah dalam hal ini tiada gunanya. Mari muhasabah diri, apakah peranan kita sebagai seorang khalifah yang dituntut untuk berpegang kepada konsep ‘amar maaruf nahi mungkar’


Fenomena yang ‘luar biasa’ yg sering berlaku:

Faruk     : Salam sayang, awak chat? Abang rindu lh kat sayang..
Amy       : Salam. Syg sihat.. Abg? Sayang pon rindu kat abg
*********************************************************
Faruk     : Selamat Hari Lahir!! Nie abg ad hadiah yg special buat sayang..
Amy       : Terima kasih abg.. Kwn2 syg pon x de yg bg hadiah. Diorg bukannye igt pon ari nie hari lahir syg..
Faruk     : X pe.. Abg kan ada..
Amy       : Thanks abg..
*********************************************************
Amy       : Abg, syg bosanlh..
Faruk     : Jom kita g makan.. Abg belanja.. Nk x?
Amy       : Boleh jugak..
*********************************************************

What should we do to stop this??
Salahkah kalau kita yg menggantikan Faruk di dalam hidup Amy?

Kita        : Salam Amy, awak chat? Saya rindu lh kat awk..
Amy       : Salam. Saya sihat.. Awk? Sayang pon rindu kat awk
P/S: Pernahkah kita member kasih sayang kepada kawan kita? @ kita just terus menyatakan  yg couple itu haram tanpa sebarang tindakan. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."(61:2-3)

*********************************************************
Kita        : Selamat Hari Lahir!! Nie saya ada hadiah yg special buat awk
Amy       : Terima kasih sbb igt hari lahir saya n bg hadiah special nie
P/S: Ingatkah kita kpd hari lahir kawan2 kita @ bg hadiah kat dia agar dia merasa sangat disayangi n dihargai?
*********************************************************
Kita        : Jom kita g makan.. Sy belanja.. Nk x?
Amy       : Boleh jugak..
P/S: Penahkah kita meluangkan masa bersama kawan kita? Makan bersama? Belanja mereka?
*********************************************************

Mari kita berfikir sejenak…
Majority remaja sibuk bercouple kerana dahagakan kasih sayang. Mengapa kita tidak menghadirkan diri kita sebagai ‘couple’ mereka??

Cuba renungkan gambar ini..



If you put a mirror on ME it will become WE..
Think about that..
WE is a part of ME
So, don’t let WE involve in the cage of mungkar..

Semua nama-nama ini adalah contoh sahaja.. Maaf kalau ada sesiapa yang terasa..
Tingkatkan iman, tingkatkan amal..
Wallahu a'lam.

13 Oct 2010

…renungkan bersama…

 Baru je update blog nie,, setelah diilhamkan oleh Allah.. AlhamduLillah,,

Latest HOT video in facebook.. memberikan saya idea baru untuk dikongsi bersama..

Klu belum tengok,, silalah tengok ye..

Apa first impression anda setelah menonton video ini???
a)      Aku dah lame tau pasal bende nie. Cume malas nak cakap dengan orang. Nnti diorg tnye lebih2. Aku malas nak kaji.
b)      Tak tau pon pasal FREEMASON nie. Baru first time dengar.
c)       Video nie membuatkanku nk lebih tahu pasal agenda al-masih al-dajjal.

Setelah video ini meletup, saya dan rakan-rakan sempat membuat sedikit perbincangan. Video itu hanyalah menyajikan sedikit sahaja agenda-agenda freemason.  Banyak blog yang memfokuskan perbincangan dengan lebih mendalam tentang topik ini..

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.  

Darsawarsa, kita dapat menyaksikan pembohongan yang dilakukan oleh freemason sejak berabad-abad yang lalu. Berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w di atas, fitnah yang paling hebat di zaman terakhir ini dibawa oleh al-Masih ad-Dajjal. Anda nampak kaitan antara FREEMASON dan DAJJAL?? Matlamat hidup mereka adalah kebangkitan al-masih ad-dajjal.. Merekalah tentera dajjal kelak. 

Al-Masih ad-Dajjal telah mempersiapkan tentera-tenteranya sebelum dia bangkit. Adakah kita sebagai muslim ingin mendiamkan diri?? Meneruskan hidup di dalam pembohongan mereka?? Ingatlah duhai teman, kiamat itu terlalu DAHSYAT. It is stated in the Quran in Surah Al-Infitar.

“Ala.. x pe,,, nnti bile aku bersemuka dengan dajjal nnti, aku cakaplah aku orang beriman. X payah susah2 nk dekatkan diri dengan Allah sekarang”

“Kiamat kan hari Juma’at,, ari kamis nnti baru aku nak taubat.. Bukan sekarang..”

“Semua nie karut semata.. Aku x caya lah.. Saje je nk wat kontroversi + nk kn perhatian.. Malas aku nk layan”

Jika ini yang bermain di fikiran anda, sungguh tertipulah dirimu. Kerana apa?? Kerana apa??
Kerana,,, di saat itu (kiamat), IMANlah yang memainkan peran. Bukanlah kita yang sekarang.. 

Mak kata, “to speak English, you have to start it from now. Don’t expect miracle could happen on your examination. You cannot speak if you don’t practice.”

Cuba kita ubah ayat nie dalam konteks iman..

“To gain IMAN, you have to start it from now. Don’t expect miracle could happen on the ZERO HOUR. You cannot express your IMAN if you don’t practice it”

Marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk agenda Allah. Bukanlah untuk agenda al-Masih ad-Dajjal. 

 Tingkatkan iman, tingkatkan amal.. 

Wallahu a'lam.




16 Jul 2010

Adakah Kita Menyintai "NYA"?? @ sekadar kata2 sahaja...

Di sini ada satu cerita.
Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh.. Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.

Air mata ini mudah benar mengalir mengenangkan ayat-ayat itu.
"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"
Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa secalit dosa itu pun mengaduh tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemputNya tanpa sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??

"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin hampir meninggalkan kita.
Saidin Ali menghampiri manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."

Wahai Nabi.
Cintamu kepada kami tiada tolok bandingnya.
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan demi umatmu ini.

Wahai Nabi.
Biarpun engkau tidak pernah melihat kami.
Engkau sudah menyatakan kerinduanmu kepada kami.
Sedang kami??
Masih ada yang tidak mahu mengenalimu apatah lagi merinduimu.

Wahai Nabi..
Engkau menyebut kami di akhir hayatmu.
Tanda betapa kasihnya engkau kepada kami.
Sedang kami??
Kadang terasa berat lidah ini memuji namamu.
Walau zahirnya kami mengatakan bahawa kami juga cinta padamu.

Wahai Nabi..
Engkau tinggalkan kepada kami dua perkara.
Yang andai kami berpegang teguh padanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnahmu.
Namun hari ini.
Ramai di antara kami yang sudah tidak mempedulikan dua perkara itu.
Alangkah sedihnya hatimu wahai Nabi.
Andai engkau mengetahui keadaan kami hari ini.
Kami umpama buih-buih di lautan.

Air mata saya masih setia mengalir mengenagkan cerita yang saya baca itu.
Terasa hinanya diri ini.
Kerana masih belum cukup mengenali peribadi dan kisah hidup manusia agung itu.
Saya tidak mahu hanya mengenal namanya sahaja.
Tiba-tiba saya teringat akan suatu ayat yang pernah saya baca satu ketika dahulu.

"Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila di sebut nama Allah, maka bergetarlah hatinya kerana takut dan apabila disebut nama Rasulullah, maka hibalah hatinya kerana rindu.."

Lama saya terdiam.
Dada saya terasa sebak.
Adakah saya termasuk dalam golongan itu? 

20 May 2010

Titik Permulaan Buat Sang Penulis

Salam alaik buat semua..

Alhamdulillah Allah memberikan aku kekuatan untuk memulakan sebuah lagi perjalanan yang agak panjang.. Mula-mula rasa macam tidak mahu menulis atas sebab-sebab tertentu.. malu.. tidak tahu.. tiada masa... tiada ilmu..dan sebagainya.. Terima kasih kepada kak K,, atas dorongan dan kasih sayang yang melimpah ruah.. ~sampai tidak dapat di tadah~ Salah seorang akk yang menjadi penyebab aku mula menulis.. =)

Esok perjalananku bermula dari Muar Johor ke Petaling Jaya.. dapat further study di Foundation of Biological Science di IIUM PJ.. Give thanks to Allah.. Semoga Allah redhai perjalanan ini.. Segala memori di 'hometown' tidak sesekali dapat kulupakan.. mak.. ayah.. siblings.. home.. usrah.. daurah.. kem.. iftar.. kerja kebajikan.. naqibah... Ya Allah, berikan ku kekuatan untuk berpisah dengan mereka...

Air mataku berlinangan setiap kali menghadap laptop, terkenang kisah dulu.. Biarlah,, hanya Allah yang tahu perasaan untuk berpisah buat masa yang agak lama.. Ujian ini terlalu kecil.. kecil.. kecil.. amaaaat kecil,, Ramai lagi hambaNya yang sedang menghadapi ujian yang lebih getir daripada yang ku lalui sekarang..


Adakah air mata yang kulinangkan ini bakal memadamkan api neraka?? Adakah ini titisan-titisan yang berharga di pandangan-Nya?? Betapa kerdilnya diri ini di hadapan Yang Maha Pencipta.. Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah.. Hanya Engkaulah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani..

Harapanku buat diriku sendiri, moga terus istiqamah di jalan ini.. Ingatlah pesan naqibah, akk-akk n makcik-makcik.. Uhibbukum fillah abadan abada.. =) Semoga Allah menghadirkan seorang insan yang jauh lebih baik daripada diri ini dalam hidup kalian..

Diri ini tidaklah sebaik yang dilihat.. Banyak sangat kekurangannya.. Kekurangan yang perlu diperbaiki,, bukan untuk dibiarkan.. BiiznilLah..