12 Dec 2010

Semua itu dari Allah

assalamualaikum..

alhamdulillah, di atas hari yang penuh indah ini.. coretan dimulakan selepas menduduki exam computer.  alhamdulillah once again, Allah telah memberikan kemudahan padaku dalam exam tadi. Syukran Ya Allah!!

Everyday, Allah mentarbiyyahkan hamba-hambanya, cuma kita sebagai hamba yang kadang-kadang leka dengan dunia sehingga terlepas menikmati tarbiyyah dari-Nya.

General Quote
[We must be prepare for the coming event]
{ini quote yang saya cipta sendiri}

Before exam, everyone would like to study so that they can answer the questions given.

Apa kene mengena tarbiyyah Allah dengan exam nie??
Di dalam kesibukan menelaah pelajaran, ada seorang rakan ini sampai sanggup mengorbankan masa tidur, bermain, cuci baju n even makan [sanggup tak nak turun pergi cafe n beli food sebab membazir masa utk study]. Ada yang mengalami tekanan perasaan sebab tidak dapat menghadamkan segala yang di baca, n ada juga yang sanggup duduk di dalam keadaan yang tidak terurus.

Bila difikirkan semula, kenapa effort ini hanya untuk exam di kampus?? Bila selesai exam, effort begini tidak lagi kelihatan.. Bukankah kita akan menghadapi exam yang lebih besar? Maksud saya exam yang examinernya adalah Pencipta kita?

Mari kita koreksi diri..

Jika boleh menahan lapar semata-mata tidak mahu membazir masa untuk menelaah pelajaran, bukankah kita boleh menahan lapar[berpuasa] supaya masa yang Allah beri sebagai perjalanan kita ke Hari Perhitungan tidak dibazirkan begitu sahaja. Jika boleh mengorbankan masa tidur untuk menelaah, salahkah kita mengorbankan masa tidur kita dengan menghidupkan malam[qiammullail]. Bukanlah kita terpaksa berpuasa pada setiap hari, buatlah sekadar yang mampu.. Buatlah walaupun sedikit, tetapi beristiqamahlah kerana Allah sukakan istiqamah.


Alhamdulillah, i think this story is one of the tarbiyyah from Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

2 comments:

anah said...

anak suke n3 mak ^^ HEE ~

hajar said...

alhamdulillah, jom sama2 tingkatkan amalan