12 Mar 2012

Ayyuhal Walad [Wahai Anakku Yang Tercinta] 1


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, akhirnya saya mendapat idea untuk mengupdate blog ini.

Ayyuhal walad [Wahai Anakku Yang Tercinta] karangan Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali dan diterjemahkan oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam).

Semalam, ada seorang akak recommend buku ini untuk saya baca. Alhamdulillah, buku ini ibarat mutiara. Nasihat dari Imam Al Ghazali yang menusuk jiwa.


 

Nasihat Pertama : WAKTU ITU KEHIDUPAN

    Hadith yang disentuh oleh Imam Al Ghazali yang bermaksud, "Adalah dikira tanda berpalingnya Allah daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (di hari kiamat) dan siapa yang umurnya lebih daripada empah puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka".

    Banyak yang saya terkesan dengan hadith nie. Antaranya yang berwarna merah. Oh, banyaknya perkara yang tidak berfaedah yang telah dilakukan selama hidup di dunia ini. Movies, games, outdoor activities yang keterlaluan etc. Tiba-tiba teringat kisah sahabat, namanya Usamah bin Zaid yang telah dilantik oleh Rasulullah menjadi panglima perang sewaktu dia berumur 18 tahun. Ya Allah, di kala itu, apa yang aku lakukan?? Sibuk mengulangkaji pelajaran hanya untuk pass exam. I've become exam-orientated student. I can't think out of the box.


 

For the next nasihat, stay tuned....

Assalamualaikum wbt.

No comments: